Mengapa Tadabbur?

by - 8:25 PM

Credit kepada Penulis Asal, Puan Hajjah Shirilazura Abdullah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan pahala berpanjangan buat beliau atas penulisan dan perkongsian ini. Di sini, Kak Ayu kongsikan. Semoga ia menjadi manfaat untuk kita bersama, InsyaAllah.


Ada di kalangan sahabat yang keliru dengan perkataan "Tadabbur". Ada yang pernah dengar tetapi tidak tahu maksudnya dan ada yang pertama kali mendengar perkataan tersebut. Saya ingin berkongsi dengan sahabat tentang tadabbur 😊

Tadabbur adalah mengambil pengajaran dan iktibar. Tadabbur adalah maqasid tafsir kerana kebanyakan ayat-ayat al-quran berkaitan ibrah dan pengajaran yang menerangkan maksudnya.

Tadabbur di sebut dalam al-quran sebanyak 4 kali :-

SURAH AN-NISA' : 82
"Maka tidaklah mereka menghayati (mendalami) al-quran? Sekiranya (al-quran) itu bukanlah dari Allah pasti mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya".

SURAH AL-MUKMINUN : 68
"Maka tidakkah mereka menghayati firman (Allah) atau adakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka terdahulu".

SURAH SAAD : 29
"Kitab al-quran yang Kami turunkan kepadamu penuh berkat agar mereka menghayati ayat-ayat dan agar orang yang berakal sihat mendapat pelajaran". 

SURAH MUHAMMAD : 24
"Maka tidakkah mereka menghayati al-quran, ataukah hati mereka sudah terkunci".

PERHATIAN 🔊🔊🔊
Surah An-Nisa' : 82 dan Surah Muhammad : 24 adalah ayat yang ditujukan kepada golongan MUNAFIK yang hanya membaca al-quran tetapi tidak berusaha untuk memahaminya.

Tadabbur adalah sesuatu yang dirasai dalam hati selepas seseorang memahami maksud tersirat di sebalik setiap ayat dengan berpandukan penjelasan tafsir dari para ulamak.

Tadabbur adalah proses menunaikan hak ayat Allah tersebut iaitu menghayati sedalam-dalamnya makna sebenar setiap ayat :-

 seolah-olah ayat berkenaan baru sahaja diturunkan.
 penurunannya disasarkan kepada pembaca.
 penurunannya berlaku disebabkan permasalahan yang baru dihadapi.
 buntu mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.

Dalam bahasa mudah, tadabbur adalah kita bertanya soalan berikut setiap kali selepas membaca sesuatu ayat al-quran...

DI MANAKAH AKU BERADA DALAM AYAT INI?

You May Also Like

0 Comment