3 Bulan Aku Tanpa Cintamu

by - 10:26 PM



Saat ni, genap 3 bulan pemergian Arwah Nenek Jah.

Rasanya Kak Ayu tak pernah cerita kan? Nenek Jah sakit apa. 

Sebenarnya arwah sakit kanser usus tahap 4. Sejak hujung bulan Ogos 2015. 

Tapi bila tengok dia sejak operate tu, sampailah hujung bulan Februari 2019? rasa macam, eh ye ke mak aku ni kanser usus tahap 4?

Sebab arwah macam sihat, walaupun umur dah 75+. Sakit demam sikit-sikit tu biasa la kan. 

Sampai tahap dia pun cakap:
"Ore lain sakit kanser 6 bulan dah mati, aku ni panjang pulak umur." 

Mungkin sebab dia redha. Sentiasa ingat mati. Dia tak genggam dunia. Smooth jer apa dia lalui. Segalanya dengan izin Allah jua.

Tolong doakan arwah Nek Jah berbahagia di sana yer korang. 

Nik Khadijah Binti Fatimah 

"Aku tanpa cintamu, bagai layang-layang terputus talinya"

Ini kain batik masa mandikan arwah. Bawak balik sini buat kenangan. Pengalaman pertama Kak Ayu tolong mandikan jenazah dan kapankan. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa untuk menyantuni badan arwah buat kali terakhir.



You May Also Like

0 Comment