Lawatan Tapak di Nurseri Aso

by - 7:56 AM


Kelmarin (Sabtu), lepas waktu Asar, sempatlah kami 3 beranak pergi buat lawatan melepas rindu dendam Nizam kat Aso Kesayangan dia tuh hehe. 

Tapi, money plant jugak Kak Ayu beli haha. Beli jugak sepokok kecik fiddle leaf fig. Dah naik harga, sebelum ni beli RM15 jer, ni dah RM18. Amboi Aso, mau jejalan kat Guangzhou ke Krismas nanti. 


Plan nak beli fiddle leaf fig besor sikit, tapi tunggulah lepas balik raya haji. Kang balik kampung seminggu, balik rumah tinggal batang jer huhu. Jadi, ambik jer yang kecik comel jer dulu. Kalau daun gugur tinggal batang jer pun, takder la rasa terharu dan hiba sangat. Ewah, macam tak biasa pokok mati kannnn, nak sedu-hiba bagai :P

Jadi, sikit view pokok-pokok yang sempat snap gambar. Banyak pokok baru sampai. 
Selamat Datang Nizam, ehh!

Banyak pilihan dan ini nurseri yang Kak Ayu rasa harganya sangat OK!

Suka snap gambar pokok akar dani ni. Tetiap kali datang, mesti snap!

Eii geramnya tengok depa ni. Tapi besar macam ni tak berani beli, mahal! Kalau mati waaaa nanges bucu batang pokok ler jawabnya.


Bunga datin-datin ni. Sib baik tak minat orkid.

Ni baru turun dari Cameron la ni
Random view. Tak minat pokok gini

Eh geram tengok. Besar! Kalau nak pokok besar dan risiko rendah, beli pokok money plant ni insted of beli fiddle leaf fig, kan?

Lama dah cari monstera. Ada la dalam 5 pokok. Tapi macam semua ada 2 @ 3 helai daun jer. Eh, dah la pokok ni jenis lambat keluar daun baru. Kalau 2 @ 3 helai tu mati daunnya, bila nak meriahnya daun pokok kak ayu tu nani? Haa, sejak tu la fikir, takyah la beli pokok ni. Layan jer lah monstera betik tu, lebih kurang ajer tu rupa paras depa hehe (sedapkan hati sendiri)

English Ivy. Juga indoor plant yang bagus untuk air polution. Dah pernah beli dulu sepokok, kat nurseri ni la. RM13. Murah. Tapi, ni tak tanya pulak harganya berapa. Dah mati sekali tu, malas dah beli, sebab tak minat sangat pokok ni. Lagi suka money plant (nak jugekkk tu)

Anak Aso tolong hantar pokok, pasu dan tanah ke kereta. Total belian RM55 sahaja. Reward asyik kena tinggal minggu ni sebab dia sibuk main bowling!

Next time datang, nak beli pasulah sebijik. Macam cantik-cantik pulak. 



See, money plant lagi! Sampai kawan Kak Ayu cakap, "Kak, kan dah ada banyak pokok money plant, buat apa beli lagi"

Amboi trailing money plant tu hehe. Dah ada yang panjang, tangan gatal zasss potong. Lepas tu sebuk nak yang panjang. Kali ni nak cuba taknak potong, kasik dia merayap sampai ke rumah jiran haha over!


Sebelum balik, sempat lagi tuuu. Till we meet again yer Aso (wow impian!)

Okey, sekian lawatan tapak untuk kali ini. Harap tiada lagi lawatan dalam waktu terdekat. Belalah dulu mana-mana yang ada. Semoga sis kuat! Tapi rasa macam nurseri kat kampung dok memanggil-manggil jer :P

You May Also Like

0 Comment