Monstera Betik dan Bunga Janda Kaya (WOW!)

by - 8:00 AM

Weekend lepas kami balik kampung lagi. Sabtu ikut mak dan abah pergi kenduri kahwin kat Chini. On the way balik tu, singgah kat Nurseri, area Keratong jugak, yang dekat deret kedai-kedai yang ada jual lemang. 

Lama dah nak singgah sini, tapi asal lalu jer nurseri dah tutup atau waktu malam. Jadi, bila ada kesempatan ni, apalagi. Rezeki melabur kat nurseri jangan ditolak. Bajet RM20 jer tau Ayu, sebab minggu lepas dah beli pokok dah. Nanti nak jumpa Aso lagi dah balik Semenyih. Ha gitu bermonolog dengan diri sendiri.

Mak mertua pun ikut turun sama. Jadi, bila dia turun sama tu, napsu membeli kenalah bertambah control. Haha kang dia kata.. eh, sayangnya duit, kalau mak RM10 dah mahal. Kalau dia tau banyak mana dah pelaburan menantu dia buat kat nurseri, mau dia tepuk dahi menantu kan kannn :P

Kat dalam nurseri ni tak snap gambar, sebab hp tertinggal dalam kereta. Berkenan kat money plant berjurai giler. RM25. Okeh, tak jadi beli haha. Beli monstera betik jer sepokok. RM15. Murah! Sebab daun dia merimbun dan besar. 

Mak beli pokok janda kaya bunga kaler putih. Wow nama pokok takleh blah kauuu haha. RM7. Dia nak jugak warna merah, tapi takder, ada putih jer. Takper mak, nanti Ayu carikkan untuk mak yer.  Terus cakap kat Nizam masa otw balik Semenyih esoknya. Kita kena gi Nurseri Aso sebelum balik Raya Haji nanti ni. Boleh bawak balik bagi mak masa tu. 


Korang nampak tu? Pokok sendiri siap letak seat belt okey. Pokok mak mertua camtu jer letaknya haha. Bukan pilih kasih tau uols, tapi sebab pasu pokok Kak Ayu tu alahai, ringan nau. Tergolek-golek dengan mudahnya. Masa letak bawah pokok pun 2x terbalik. Syukur takder daun patah.

Jelitanya kamu! 

Nizam cakap: 'Pandai mak beli pokok, ada bunga, takder la daun ajer'
Saja ler tu. Macam tak tau, bini dia suka pokok berdaun jer. Kalau nak bunga, bunga pelesu melambak. 


Mak mertua dan menantu suka pokok. Mak mertua tanam pokok idop subur. Menantu tanam pokok? Hmmm (tak sampai hati nak taip haha), kalau korang yang follow blog dan fb Kak Ayu, mesti tau sangat kann.

Pagi Ahad, ber-grounding bertemankan cinta hati baru ini.

Malam sampai rumah, letak dalam bilik tidur. Saja nak dapat oksigen dari cinta hati baru.

Nanti Kak Ayu share gambar deko dengan pokok monstera betik ni. Oh, nama saintifik dia Kak Ayu akan carik kat IG yer. Nama monstera betik ni, anak Aso kesayangan nizam la bagitau dulu. Bila Kak Ayu tunjuk gambar pokok monstera ni masa nak beli, dia cakap 'Oooo... ini pokok monstera betik'. Jadi, Kak Ayu teruslah perjuangan panggil pokok ni sebagai monstera betik. Haa, gitu sejarah asal usul namanya.

IKLAN:
Upah buat blog atau upah menulis (ghostwriter), 
boleh contact Kak Ayu:
www.wasap.my/60199898341/UpahBlogGWCM

You May Also Like

0 Comment