TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

by - 8:57 AM

Sumber: Facebook (Tak tau siapa Penulis Asal)
Kupasan dari: Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM


 Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■ Rumah yang di bacakan Al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■ Jika mati orang yang suka baca Al-Quran ini, cahaya di rumahnya akan di angkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "Ooo.. mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayat.

■ Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■ Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada Al-Mulk dalam dada kita.

■ Dalam kubur Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.

■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■ Lepas tu baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada dua malaikat yang akan menyoal.
■ Jangan lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴 Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

You May Also Like

0 Comment