Plant Hunting Again & Again!

by - 11:01 AM

Rasa lama pulak tak bersiaran kat sini. Musim cuti setiap hari Isnin selama 3 minggu berturut-turut. Ya Allah, rasa dunia ni ana yang punya. Best oihh anak-anak dan suami kerja 4 hari jer seminggu haha. Esok dah Jumaat, so Isnin depan cuti lagi. Lepas ni, mereputlah macam biasa, sekolah dan kerja 5 hari seminggu seperti biasa, dan tunggulah cuti sekolah pulak huhu.

Okey, bersempena dengan cuti Hari Merdeka 2 minggu lepas, kami balik Keratong dari hari Jumaat malam sampailah hari Isnin. Eh, esok malam lakiku ajak balik lagi. Dia nak tengok bola dengan aman damai katanya. Kalau kat rumah, tak damai. Sebab kejap-kejap bini dia tanya 'butang baju aku mana pah' 'bila nak abes bola ni, silau takleh tido'. Dah tengok tv dalam bilik kan, mana bini tak hangin. Jadi, kalau balik kampung, dia tengok bola kat dapo. Lantok dia disitu sampai subuh pun nak tengok tv. Bini kaki membuta haha. 

Eh, panjang mukaddimah. Pantang dapat keyboard kan, semua benda nak share. Okeh berbalik kepada tajuk kita pada hari ni yer anak-anak. Plant hunting again and again! Tak tau bila nak stop kemaruk ni. Haha.

Hari merdeka tu, ajak nizam pergi nurseri. Katanya kat Keratong 2, Ntah, Kak Ayu tak ambik port bilangan keratong ni. Yang tau Keratong 7 jer hehe. Jadi, jomlah kita bawak 2 anak pergi membeli pokok. Tapi, Ratu Bono jer la ikut turun, papa dan abangnya dok dalam kereta jer. Nurseri ni kecik jer, tepi jalan, senang nampak. Tak banyak pilihan pokok. 


Oh ni la nurseri sama yang Kak Ayu dan mil beli pokok monstera betik dan bunga janda kaya (wow untung ler kaya haha) beberapa bulan lepas. Masa tu dah berkenan kat sepasu marble pothos. Dah tanya harga berapa, RM25. Pokok tu besar dan trailing dah panjang. So RM25 tu murah sangat dah pada Kak Ayu. Tapi, masa tu membeli bersama mil kan, jadi takyah la tunjuk gelabah dan tamak membeli haha. Jadi, kita hold dulu, beli 1 pokok monstera betik itu sudah. Bila dah ada benda kak ayu berkenan, mesti datang semula buat comeback. Haha comeback kauuu! Selagi tak dapat, dia punya zikir tu, ya ampun. Laki pun tak kuasa nak dengar. Dia pasrah jer la dapat bini camni hehe. 


Inilah peneman mama tiap-tiap kali masuk memana nurseri pun. Suka dia tengok pokok-pokok. Mulut asyik dok sebut 'hmm tanteknya wawe' (cantiknya flower). Tapi, masalah bawak dia ni pulak, jadi lambat dan payah mama nak tawaf. Biasalah bawak budak kecik haha. Tapi takper, kasik dia cinta alam sekitar dan cinta shopping pokok.


Inilah dia. Marble pothos idaman kalbu, siang terbayang malam merindu. Padahal kat rumah dah ada haha. Tapi ini besor & trailing, mau tak geram. Tuan nurseri tu perempuan. Bila kak ayu tanya, berapa harga pokok ni. Dia jawab RM25 kak. Ehh, akak la kan yang datang haritu. Saya ingat akak, sebab akak jer tanya pasal pokok ni. Hahaha. Dasat ingatan ko dik. Ke akak sorang jer kemaruk pokok ni? Jadi, terus akak mintak diskaun haha. Jadi harganya cuma RM20 sajoooo. 



Balik tu, sangkut kat bawah para pokok kacang fil. Dia nampak masa kak ayu keluarkan dari kereta sebab dia duduk kat kerusi di beranda. 'Aik, beli pokok lagi'. Nizam balas: 'Tiap-tiap minggu bahhhhh'. Pasrah sangat bunyiknya tu. Hahaha. Ok la tu, sokong industri nurseri kan.



Isninnya tu... masa untuk kembali ke Semenyih. Ada sepokok lagi tu, silver pothos. Dari rumah semenyih angkut bawak balik sini masa raya haji, sebab takut mati tu bawak ke sini. Dah masa untuk balik rumah kita yer anak-anak. Siap bawak balik tanah 1 plastik hehe. 


Sekarang, dah tau cara nak cepatkan pokok besar, subur, daya tahan tinggi dan daun makin cantik. Guna supplement untuk pokok. Plant Booster (Penggalak Tanaman). Nera Plant Booster by Edina Farm. Nera Plant Booster ni bukan baja tau, tapi penggalak tumbuhan. Baja still kita kena bagi kat pokok. Tambahan as supplement pulak, kita bagi plant booster. Haa gitu, bergabung bersama untuk hasil tanaman yang kebabommm. 

Geram tak tengok sayur Pak Choy ni! Ni 1st time Kak Ayu tengok sayur Pak Choy daun lebar dan besar macam ni. Biasanya beli halah halahh comel jer. Nak dapatkan 1 mangkuk tu, kena guna 8 pokok kottt. Ini berbeza betul. Guna kat pokok bunga berdaun pun boleh tau. Itu yang kak ayu nak spray kat marble pothos cinta hati terbaru ni hehe. 

Kalau korang nak cuba Nera Plant Booster ni boleh sangat. Harga pun murah jer (Isian 1 liter)

Sebotol
RM40 (+ Postage RM10 Sem, RM12 SS)

2 botol:
RM80 (FREE postage)

Kalau nak beli sebotol dan FREE postage, korang beli kat SHOPEE

Boleh terus whatsapp Puan Azlin untuk belian tru WA atau nak tau lebih lanjut pasal produk. 


Sekian melaporkan untuk hari ini. Nanti dalam entry akan datang, Kak Ayu share, macam mana nak beranakkan pokok marble pothos ni sampai korang boleh dapat berpasu-pasu-pasu-pasuuuuu dengan kaedah pothos water propagation. Till then, jumpa lagi!

You May Also Like

1 Comment

  1. Hai kak ayu.. saya lama dah tak g nursery cari pokok/cari tanah bakar.. pokok yang ada ni pun terbiar.. Tunggu la suami cari rumah ada tanah, daku carikan tukang kebun gitewww

    ReplyDelete