Kaitan Blog dan Bisnes

by - 8:00 AM

Berdasarkan pengalaman Kak Ayu sendiri sebagai pembaca blog, Kak Ayu lebih suka jadi pelanggan dengan blogger yang Kak Ayu suka "melepak" baca blog blogger tu. Kak Ayu suka tengok gambar dia dan keluarga... baca celoteh dan sharing dia... jika ada tips pun Kak Ayu suka baca. Hari-hari, mesti nak stalk their blog. Hehehe. Daily dossage gitew! Lama-lama... apa dia JUAL Kak Ayu akan terjebak untuk beli. 


Nak tau tak... itulah salah satu kelebihan blogger berbisnes. Dia bina TRIBE melalui penulisan di blog dan sekaligus bisnes dia pun on. Macam Kak Ayu, branding Kak Ayu di blog ialah tentang dekorasi dan pokok. 



Haa, walaupun dulu tanam pokok asyiklah pokoknya mati, namun itulah yang buatkan orang kenal Kak Ayu. ''Pembeli pokok berani matikk hahha.'' Yang suka tentang dekorasi dan pokok selalunya akan jadi pembaca. Dan bila orang search keywords berkaitan, berkemungkinan tinggi blog kita akan muncul dalam carian di google search. Best kan? Jadi share tentang dekorasi dan pokok bukanlah saja-saja, tapi ada matlamatnya. Hobi convert to income. Sambil2 tu of course nak kumpul pahala melalui perkongsian di blog. 

Sebab tu as a blogger yang buat bisnes... sikittttt pun mesti kena tonjolkan diri to gain trust. Tapi biarlah berpada-pada sharing tu, takyah la melampau-lampau nak share hal personal kan. Zaman skang ni, keselamatan nak kena jaga. Kehidupan umpama dalam rumah kaca. Very transparent, pandai-pandai la nak kaver kan.


Tau tak... yang selalu WA Kak Ayu nak beli produk/join bisnes adalah daripada silent reader. Ikutkan, kat blog Kak Ayu ni, ciputtt jer orang komen. Itu entry yang ada komen, tapi melambaknya entries takder komen langsung hahaha. Takpelah sebab Kak Ayu pun tak komen kat blog orang kan. So, what u give, u get back la. Kak Ayu selalu tanya orang yang whatsapp Kak Ayu nak beli produk/nak join bisnes, mereka dapat contact Kak Ayu dari mana, samada blog, fesbuk atau instagram. Between, Kak Ayu tak aktif di instagram. Tak minat dan instagram kuat makan data hehehe. 


Sebab tu la, Kak Ayu rekemen sangat kat korang yang nak buat bisnes, tak kira la bisnes apa sekali pun, korang buatlah blog. Buat dan aktif update entry. Bukan ada blog yang berpenunggu yer. Memang la rasa tak sempat nak update, takder idea, yadaaa yaddaaa pelbagai alasan sentiasa logik akan keluar kan, tapi untuk long term... blog memang membantu kita yang berbisnes online sebagai medium pemasaran yang Free Cost Marketing.


Update blog seminggu dua atau tiga kali dah memadai, secara konsisten. Isnin, Rabu & Jumaat sebagai contohnya. Cukup untuk 3 hari. Make sure entries paling sikit pun 40 posts. Lepas tu, usahakan update sehingga 100 posts. Nampak banyak kan? Tapi asalkan konsisten, tak ambik masa yang lama pun nak dapatkan hingga 100 posts. Jadikan blogging adalah antara daily to-do-list yang perlu kita buat. Kalau rasa susah sangat nak update, ambik jer servis menulis entry blog daripada Kak Ayu haha. Selesai masalah dengan mengeluarkan sedikit bajet untuk servis upah menulis (ghostwriter)


Ni Kak Ayu share based on pengalaman tau. Walaupun Kak Ayu cuma blogger picisan, alhamdulillah, banyak dah Allah hantarkan pelanggan buat Kak Ayu melalui blog. sejak tahun 2011 lagi, iaitu masa mula bisnes Premium Beautiful. Dari blog la dapat 10 customer beli Premium Beautiful secara cash. 10 set cash kau, banyak tu! Semuanya dengan izin Allah. Kita kena usaha ajer.


Berminat nak tempah blog untuk bisnes atau personal, boleh terus Whatsapp Kak Ayu, terus KLIK SINI

You May Also Like

1 Comment

  1. betul tu. Kadang-kadang apa yang kita kongsi dalam blog lama-lama orang akan suka baca then ikut. Tahniah awak salah sorang blogger yg berjaya buat duit dengan berblog ni.. saya ni tak tahu lg bila haha.. btw cantik pokok2 :) Salam kenal blogger dari Sabah www.lizaizara.com

    ReplyDelete