Resepi Tumis Nasi Kerabu Guna Budu atau Belacan

by - Wednesday, May 06, 2020

Harini dah 13 Ramadan. Tapi belum dapat lagi merasa nasi kerabu. Boleh buat sendiri, tapi kegigihan tu belum sampai lagi. Kalau beli pun, tak puas hati rasa makan. Selalu kecewa jer huhu. Ada jer tak kena kat tekak ni. Selalu beli sebungkus pun tak abes. Buang jer. 


Rindunya nasi kerabu air tangan arwah mak. Bulan puasa dia rajin buat nasi kerabu. Ada jer stok tumis budu atau belacan & serunding kelapa. Nak makan, tinggal ambik jer. Kalau dia hiris sayur ulam nasi kerabu tu kann... woww berseni kauuu. Halus gila. Kalau dapat kat Kak Ayu jadi tukang hiris, terus jadi racikkan bunga rampai LOL. Itu yang kalau part hiris ulam nasi kerabu, dia sanggup buat sendiri daripada bagi Kak Ayu buat. Tau takut, ulam tu jadi bunga rampai hihihi. Kang Ayu, jadik tukang kacau tumis budu/belacan kat dapur sana. Berpanas-panas kau. Hahahha!

Sumber: Google Image

Okey, antara tips nak dapatkan nasi kerabu yang sedap, mestilah dengan tumisnya yang perfect gitu. Dengan rasanya dan dengan cara kita masak. Api masa masak tu, kenalah perlahan jer, sampai santan betul-betul pecah minyak dan tak berketul. Kena jaga tumisan tu dan jaga api. Api jangan kuat, takyah gopoh-gopoh nak cepat siap kalau masak tumis nasi kerabu ni. Ini style arwah mak Kak Ayu laaaa. So, style dia masak tu sikit sebanyak Kak Ayu terikut, untuk semua jenis masakan. Cuma tang gigih hiris bahan atau tumbuk sampai halus dan bebetul hancur tu tak ngikut, sebab tak sampai lagi tahap gigih macam arwah :P


Actually, Kak Ayu pun tak pasti, tumis nasi kerabu yang mana satu lagi sedap dan selalu orang buat, samada guna budu atau belacan. Kalau arwah mak Kak Ayu, dia akan buat salah satu, ikut dia rasa nak buat atau bahan ada ke tidak. Kekadang terputus juga bekalan budu dan belacan kat rumah. So salah satu yang ada tu, atau terasa nak makan yang mana satu, itulah kami buat. Tumis budu atau tumis belacan, asas bahannya dan caranya sama jer, yang membezakan cuma samada kita letak budu atau belacan sajo. 


Jadi, takyah nak gaduh-gaduh atau debat-debat, mana satu yang betul atau salah. Asalkan sedap sudah ler. Zaman skang ni, hal masak pun boleh jadi gaduh kan... Alahai, apeee lah. Itu yang dah makin boring dengan FB. Sib baik la Page kena ada FB personal untuk jadi Admin. Kalau tak, lama dah Kak Ayu deactivate FB personal. Huhuu. Menulis kat blog lagi best, boleh membebel panjang-panjang, syok sendiri dan sendiri baca hahah!


Tumis budu atau belacan ni, bukan saja sesuai dimakan dengan nasi kerabu, tapi dengan nasik putih pun sedap. Penambah selera gitu. Yang bestnya, dia tahan lama. Boleh buat stok banyak-banyak sebab nak masaknya walaupun bahan dia mudah ajer, tapi renyah masa nak nunggu dia masak dan pecah minyak dan mulai kering dengan sempurna. Kan dah kata, masak dengan api slow & steady ajer. Tapi kalau uols ada peyuk canggih tu, lainlah kot. Kak Ayu takdok kitchenware canggih-canggih ni. Hehe, so masaklah cara oldskul gitu. 


So, ni Kak Ayu nak share kat sini, resepi tumis nasi kerabu guna budu atau belacan

Bahan-bahan:
  • Budu atau belacan (sedikit jer)
  • Santan pekat (1 kotak)
  • Cili kering (10 tangkai
  • Bawang merah (5 biji)
  • Serai (1 batang)
  • Garam (sedikit jer)
  • Gula (secukup rasa)


Cara penyediaan bahan:
  • Blender cili kering & bawang merah
  • Serai ketuk-ketuk ketampi jer

Cara Memasak:
  1. Masukkan budu/belacan, santan, serai, cili & bawang blender bahan ke dalam periuk
  2. Masak sehingga pecah minyak dan kuah tumisan jadi pekat
  3. Masukkan sikit jer garam sebab budu/belacan dah masin
  4. Masukkan sikit gula

Ini anggaran untuk semangkuk kecik lebih kurang yer. So bahan banyak mana tu, bolehlah anggarkan sendiri ikut banyak mana kita nak buat. Kalau suka pedas, tambah lagilah cili kering tu. Haa gitu.


Tips nak cepatkan tumisan cepat pekat dan takyah berdiri lelama mengacau tu, gunakan kepala santan (santan pekat). Kalau guna santan cair, jenuh kauuuuuu! Lagi pun, guna santan pekat rasanya of course la lagi sedap kan. Nak lagi sedap, guna santan fresh. 

Sekian untuk harini. Selamat mencubaaaaa (sebut ikut style Khairulamin tau!)


You May Also Like

0 Comment