Today is a Gift because Tomorrow is not Promised!

by - Friday, June 26, 2020

Bila bangun pagi, kita selalu disarankan untuk ucapkan Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah sebab kita masih diberikan kesempatan untuk bangkit dari 'mati sementara'. 


Hidup ini terlalu singkat. Hargai apa yang kita miliki saat ini. Buatlah semua perkara dengan niat kerana Allah dan untuk mendapat redhaNya. Sayangi semua terutamanya ahli keluarga kita. Sayangi tanpa syarat. Kerana satu masa nanti, seorang demi seorang akan meninggalkan atau ditinggalkan. Yang ada cuma memori yang hanya mampu kita imbas. 


Gunakan kesihatan badan yang Allah masih pinjamkan untuk beribadah. Lakukan apa sahaja yang boleh meraih pahala walaupun dengan sekecil-kecil perbuatan yang kita anggap ia remeh. Siapa tahu, dengan amalan itu yang boleh membawa kita ke syurgaNya tanpa azab dan hisab. 


Jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin harian. Yang jika ditinggalkan kita akan merasa kelopongan jiwa. Kita merinduinya. Jiwa kita terasa kosong jika tidak memegang Al-Quran dan mengalunkan bacaan Al-Quran. Al-Quran adalah bingkisan kata-kata dari Allah. Percayalah, bila kita mula membaca Al-Quran, kita ingin menjadikan ia rutin harian kita. Dan, berdoalah agar hidup, mati, alam barzakh, alam akhirat nanti Al-Quran akan menjadi peneman dan peguambela buat kita. 


Rutinkan membaca Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur atau sesudah solat Isyak jika kita risau dah bukak telekung rasa malas pulak nak baca. Teruskan baca sesudah solat Isyak. Lepas dah rutin dengan Al-Mulk, tambah pulak jadikan rutin Surah As-Sajdah. Kedua-dua surah ni pendek ajer. Lebih kurang 20 minit dah boleh siap baca. 


Today is a gift... because tomorrow is not promised!


Percayalah kawan semua, kita tak tau... sampai bilakah Allah masih akan pinjamkan umur, kesihatan, kesempatan dan rezeki untuk kita melakukan semua ini. Life is so fragile. Dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu. Ia tidak kekal. Dunia untuk kita bersusah payah beribadah dan melakukan amal kebajikan untuk dijadikan bekalan ke alam seterusnya. Jangan bertangguh, kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...


Semoga apa yang Kak Ayu kongsikan ini memberi manfaat untuk diri Kak Ayu sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya. Andainya sudi, selitkan namaku dalam doa kalian. Till then, Salam Jumaat, perbanyakkan selawat dan bacalah Al-Kahfi. Semoga Allah sentiasa merahmati kita. InsyaAllah.

You May Also Like

0 Comment