Kan... timbul sebulan sekali jer kat blog ni. Biskut pun tak macam ni, takder la terputus bekalan sampai sebulan sekali baru timbul semula. Dah ada yang whatsapp tanya, kak ayu kenapa dah tak update blog. Lepas tu, kenapa post-post lama kak ayu unpublished. Rindu katanya nak baca dan cuci mata pasal pokok dan deko-deko. Jangankan nak tengok muka kak ayu & family kat blog, nak tengok gambar pokok bunga pun dah takder. Why kak ayu, whyyyyy?
Haa gitu.
Ada rupanya peminat i hehe. Ingatkan blog sendu, fb sendu, ig sendu dan tuannya kertu (opsss terpaksa mengaku dah kertu, bior kasik ingat mati tu dah makin dekat dah bila umur dah semakin bertambah) dah takder orang nak baca blog dah. Rupanya ada. Huhu terharu i tau. Walaupun content blog ni ntah apa apa, malah adakalanya kak ayu Set to Private, sentiasa ada yang tanya khabar tentang blog dan kak ayu.
Kak ayu ada jer. Masih setia di rumah ku syurga duniaku gitu. Nak gi mana lagi ye dok musim-musim PKP dan pelbagai jenis P lagi ni. Busy dengan family, lagi-lagi bila anak PdPR. Aiyooo pening kepala i melayan kerenah anak bujang kesayangan tuh. Dia yang sekolah, mama yang stress. Pening tengok whatsapp sekolah. Tak sabor nak tunggu Isnin ni, sekolah semula. Rasa nak buat lompat bintang. Hahaha. Ni nampak sangat mak tak sabor mengajar anak belajor kan. Ya ampun, memang menguji kesabaran betul. Dania ok jer, pandai-pandailah dia uruskan sendiri. Dah besor kan. Tapi, bila dia bagi mama tengokkan soalan maths, huru-hara jugak mamanya hahaha.
Ratu Bono jugak la sentiasa bahagia kehidupannya. Bertambah putih melepak & gebu montel melantun-lantun pipinya. Sampai ramai yang tanya. Dania makan apa, tak kurus-kurus, montel dari kecik. Kussss semangat i tau. Nasib baik tak tanya: ''Mama ayra makan apa, tak kurus-kurus sejak lepas beranak Ayra?'' Kalau tanya soalan tu, siap dia. Sis block kat FB & IG. Sensitif tau bab kurus-gemuk ni hahaha.
Apa pun, alhamdulillah. Kami semua sihat. Jan lepas besday kak ayu ke-42 tahun. Umur bukan rahsia. Alhamdulillah untuk segala kurniaan dari Allah selama 42 tahun ini. Suka duka kehidupan semakin mematangkan dan semoga setiap rezeki, kurniaan dan ujian dari Allah selama hidup ini adalah sumber pahala dan kifarah dosa buat Kak Ayu. I'm blessed. Terlalu banyak nikmat yang perlu kak ayu syukuri.
Bulan Februari pulak, besday Hariz & Ayra. Besar dah anak-anak papa mama. Hariz semakin besar semakin gelap kulitnya hahah. Astaga, bila snap gambar dia, macam nampak mata putih jer. Itulah, asyik keluar main jer pepanas berdenting pun. Lepas tu bila malam, mulalah sibuk belek lengan. Alish dah hitam. Haa, bior ler situ. Dah nak keluar sangat main. Yang si Ayra, mulut macam bertih goreng. Tapi kena ikut mood dia laaa. Kuat merajuk...ikut sapooo laaa hehe. Alhamdulillah, atas kurniaan ini. Anak-adalah adalah amanah, anugerah dan ujian buat kita, kan? Memang urut dada sokmo la. Semoga Allah jadikan anak-anak kak ayu & nizam dan anak-anak korang semua yang baca blog ni sebagai anak yang soleh dan solehah. Aamiin Ya Mujib.
- Content blog untuk Ramadhan
- Menu Ramadan (berbuka/sahur)
- Spring cleaning rumah
- Kemas rumah sambut Ramadhan
- Beli pakaian raya utk anak-anak
Dapat ke tidak raya balik kampung, baju raya mesti kena ada. Haa gitu. Untuk anak-anak dan mama. Papa dia takyah pun takper haha. Dia recycle jer baju tahun-tahun-tahun sebelumnya. Kita beli sampin jer ka Karnival macam tahun-tahun lepas hihi. Dia kata, dia ensem... pakai cap Karnival pun ensem. Haa gitu :P
Kak ayu, asalnya taknak jugak beli baju raya. Tapi, rasa macam nak pakai baju kurung pahang cotton embroidery pulak. Kaler putih. Dah order kat IGShop, tunggu dia post. Then kena beli kain lining. Lepas tu post kat tailor. Dania taknak baju kurung. Dok sibuk nak pegi IOI Mall nak beli baju kat situ. Dah remaja, dah pandai nak melaram. Baju kurung mama dah banyak, Dania boleh pilih jer mana Dania nak pakai. Sama saiz dah kitorang, boleh gilir-gilir pakaian. Jimat bajet papa ko, ahaks!
Kata korang rindu kan... haa baca la sampai juling mata hahha. Bukan mudah tau, sesudah subuh pagi Jumaat yang mulia Kak Ayu tiberrrrr on pc update blog sendiri. Dok sibuk dengan blog client, blog sendiri kau anaktirikan yer.
Oh ya, dalam dok malas update blog sendiri ni... gigih tau create 2 blog baru. 1 blog untuk public dan 1 blog untuk family. Ni kira online diary la. Bolehlah kak ayu tinggalkan sebagai kenangan kat suami, anak-anak dan cucu nanti. Nanti andai kak ayu mati dulu, dorang bacalah. Oh, kuat membebel bini/mama/nenek aku ni... bukan takat kat luar membebel, tapi dalam blog pun sama hahaha. Actually nk simpan gambar kat blog dan tulis la sikit-sikit. Buat memori. Best bila baca semula apa kita tulis. Apa lagi, kalau orang yang kita sayang baca bila kita dah takder. Lagi pun, banyak benda yang kita akan lupa. So bila ada blog personal gitu, insyaAllah dapat dijadikan online diary gitu.