Ghostwriter

by - 8:00 AM

Siapakah Ghostwriter?
Secara ringkasnya, Ghostwriter atau Penulis Hantu ialah individu atau sekumpulan individu yang diupah menulis bagi pihak orang lain, di mana identiti penulis tersebut adalah rahsia. Identitinya tidak dinyatakan sama sekali. Namun, ada juga yang penulisnya dijadikan sebagai co-writer. Ini bergantung kepada persetujuan antara pihak client dan ghostwriter itu sendiri.


Apakah Bidang Penulisan untuk Ghostwriter?
Antara bidang penulisan Ghostwriter yang popular di Malaysia ialah menulis buku, ebook, artikel, menukar audio kepada teks, laporan, teks ucapan, blog, fanpage dan instagram.



Siapa yang memerlukan servis Ghostwriter?
Servis Ghostwriter diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan servis penulisan kerana mereka mungkin mempunyai kekangan atau keperluan seperti berikut:


  • Seorang yang sangat sibuk
  • Seorang yang tidak biasa menulis dengan formal
  • Seseorang yang perlu fokus pada urusan lain
  • Seseorang yang ingin menjimatkan masa
  • SESIAPA sahaja yang merasakan mereka perlu 'out-source' bahagian penulisan kepada yang lebih pakar

Tidak kiralah siapa pun anda, anda boleh out-source' kan bahagian penulisan kepada Ghostwriter. Ini akan lebih menjimatkan masa dan tenaga anda, yang perlu disalurkan kepada bahagian lain yang memerlukan kemahiran dan kepakaran anda.


Berapa Caj Upah Ghostwriter?
Caj upah adalah subjektif. Ia bergantung kepada setiap task yang diberikan dan atas perbincangan  & persetujuan antara anda dan Ghostwriter.


Jika anda memerlukan servis Ghostwriter, anda boleh hubungi saya. Klik link whatsapp di bawah:




www.wasap.my/60199898341/BlogARCM/

You May Also Like

0 Comment