Doa Selepas Wirid Al-Ma'thurat

by - 8:00 AM

Doa ini adalah dalam bentuk terjemahan. Doa versi Bahasa Arab, boleh baca dalam buku Al-Ma'thurat yer.  Doa ini adalah doa yang sangat indah, menyentuh hati dan merangkumi apa yang kita boleh mohon kepada Allah. Jadikan ia amalan setiap pagi dan petang. Malah sentiasa amalkan pun boleh. Semoga doa ini Allah perkenankan dengan rahmatNya, Aamiin. 

Gambar sekadar hiasan

''Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. 

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. 

Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar tau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. 

Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). 

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.'' 

You May Also Like

0 Comment