I'm Back!

by - Tuesday, July 28, 2020

Assalamualaikum semua.
Wah... feeling ramai baca tu mesti tulis dengan penuh keyakinan yer. Keyakinan tu penting, kalau kita sendiri tak yakin pada diri kita dan apa kita buat, macam mana orang nak yakin dengan kita. Tapi, yakin pun biarlah berasas. Bila tengok pageview harian dan bulanan, alhamdulillah. Not bad untuk blog yang dalam kategori blogger yang dah sebulan lebih tau update langsung blog dia. Bulan sebelumnya pun ntah berapa post jer ada hihi. 


Actually, Kak Ayu sangat aktif blogging dan menulis. Aktif tau, bukan dok rumah tak menulis langsung dah. Kak Ayu fokus menulis untuk client. Dengan kata lain terus direct buat duit. Dapat duit terus menulis dan buat buat blog. So, bila dah fokus menulis dan buat blog untuk client, rasa macam energy tu dah salur ke situ. Ye lah, menulis dan buat blog ni both kena perah otak dan berfikir sentiasa. Nak cari info, nak susun content, nak tulis, nak baca/edit dan siapkan sampai ia sempurna pada client dan Kak Ayu sendiri yang boleh tahan cerewetnya. Selagi Kak Ayu sendiri rasa tak puas hati dan yakin dengan apa Kak Ayu buat, Kak Ayu takkan submit draft pada client. Memang buat sungguh-sungguh. Inilah cara Kak Ayu buat kerja, sejak dari zaman kerja makan gaji dulu, sampailah sekarang. 


Kualiti kerja kena jaga. Sebab orang dah bayar. Kena pegang dan jalankan tanggungjawab sebaiknya. Beratus ringgit tu bukan sikit dan bukan mudah untuk strangers transfer pada kita untuk kita lakukan kerja bagi pihak mereka. Itu adalah kepercayaan, amanah dan harapan dari mereka untuk Kak Ayu. Lagi pun, Kak Ayu kena jaga branding dan reputasi Kak Ayu. Alhamdulilllah, ramai client yang sambung pakej menulis dan ada juga yang rekemen Kak Ayu pada kawan/contact mereka. 


Ni sebenarnya antara tips untuk korang yang buat bisnes servis. Jaga hubungan baik dengan client walaupun job dah selesai. Bila mereka puas hati dengan hasil kerja kita dan cara layanan kita baik dengan mereka, InsyaAllah... more will come. It just the matter of time & rezeki. Buat baik di balas baik, gitu. Kalau kita buat kerja cincai, memang tak lama la dalam bisnes servis. 


Sebab tu Kak Ayu tak ambik banyak job dalam satu masa, sebab Kak Ayu tak yakin dapat fokus jika tamak job ambik banyak job pada satu-satu masa. Ini bukan menolak rezeki Allah nak bagi, tapi taknak seksa diri dan menyusahkan client. Bila prospek datang, Kak Ayu cakap terus-terang jika mereka boleh tunggu turn kerja mereka disiapkan, InsyaAllah boleh. Tapi kalau nak cepat, Kak Ayu terpaksa tolak. Jika job menulis contohnya, jika diluar kemampuan untuk Kak Ayu tulis (samada dari segi content atau niche), pun Kak Ayu akan tolak. Sebab menulis ambik banyak masa dan komitment. Sebab tu juga, untuk menulis Kak Ayu HANYA ambik job untuk menulis content blog sahaja. Untuk ebook, manuscript, copywriting, sales letter, proposal, etc... Kak Ayu tak ambik.



Content untuk blog pun, kalau untuk produk yang Kak Ayu tak tau sangat info atau untuk produk yang Kak Ayu sendiri tak berkenan, tak yakin dan lagi-lagi kalau produk yang tak sesuai untuk Kak Ayu sendiri tulis, maka maaflah, Kak Ayu tak dapat ambik. Contohnya produk supplements atau kecantikan yang tak meyakinkan selamat dan boleh mengundang isu dari segi undang-undang dan kesihatan. Karang sesia sis kena saman. Takut u! Biar tak dapat job/duit asalkan tak mengundang padah.


YES!
I'm very selective dalam memilih job menulis, sebab nak jaga kualiti dan berikan yang terbaik untuk client dan menjaga branding dan keselamatan diri sendiri. Gitu. Kalau confident dengan style Kak Ayu, bolehlah contact hihi. Sempat tuuu.


Tu jer untuk harini.  Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam yang baca blog ni. Alhamdulillah, dapat kita merentas negeri yer. Sis dah debor-debor dan hampir putus harapan gitu, takut takleh balik beraya. Rindu sangat nak balik kampung, especially nak ziarah pusara semua kesayangan yang telah pergi selamanya.


Patuhi SOP, kita jaga kita dan semoga wabak Covid-19 ni cepatlah berakhir. Sesungguhnya tiada yang dapat membantu kita melainkan Allah Taala. Apalah daya kita tanpa izin dan pertolongan dariNya. Sampai jumpa lagi, InsyaAllah. Bye & take care semua. Hati-hati dalam perjalanan balik kampung.

You May Also Like

0 Comment